PENYERAHAN SIJIL PENARAFAN 4 BINTANG KEPADA YOUTH POWER CLUB PUTATAN
Kota Kinabalu, 23 Januari 2026 – Pegawai Daftar Kanan, Puan Suzirani binti Muamat telah menyerahkan sijil penarafan Bintang kepada Encik Mohd Khusydi bin Mohd Yaakob selaku Pengerusi Youth Power Club Putatan.
Sijil Penarafan Bintang merupakan satu pengiktirafan kepada kelab belia yang memberikan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun dan bertujuan untuk menggalakkan pertubuhan belia untuk konsisten dalam menjalankan aktiviti kebeliaan di lokaliti masing-masing. Tahniah diucapkan kepada Youth Power Club Putatan atas pencapaian mereka meraih 4 bintang pada tahun 2024. Semoga kelab ini akan terus cemerlang dalam membangunkan belia di kawasan mereka dani mampu meraih pengiktirafan yang lebih baik pada tahun akan datang.
