BENGKEL TADBIR URUS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN & MELAKA TAHUN 2026
Melaka,11 Februari 2026 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sembilan dan Melaka (BTU 2026) telah dilaksanakan dengan jayanya secara dalam talian dengan sambutan penyertaan yang menggalakkan. Seramai 271 orang peserta telah berjaya menyertai BTU ini yang melibatkan pelbagai pemegang jawatan dan juga pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Melaka.
Bengkel bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari ini meliputi taklimat berkaitan Penyediaan Pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang (Star Rating) dan Akademi Kenegaraan Malaysia dan Taklimat Dana Bantuan yang telah disampaikan dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Melaka, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Semoga program BTU ini dapat meningkatkan kefahaman peserta dan seterusnya memantapkan dan memperkukuh pengurusan kelab serta dapat memastikan tadbir urus pertubuhan berjalan dengan teratur dan berkesan.
