BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR/PUTRAJAYA TAHUN 2026
4 Februari 2026, Putrajaya – Pejabat Pertubuhan Belia Zon Tengah telah menganjurkan Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya melalui Platform Google Meet. Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pemegang jawatan dan ahli-ahli pertubuhan belia, Pegawai Belia dan Sukan Negeri dan Daerah.
Antara taklimat yang dikongsikan sepanjang bengkel ini diadakan:
1. Slot Akademi Kenegeraan Malaysia yang disampaikan oleh Encik Muhammad Munzir bin Mansor
2. Perkongsian Pemberian Bantuan Aktiviti Kepada Badan Bukan Kerajaan (Ngo)
Tahun 2026 oleh Encik Mohd Khairi Shah bin Mohd Ariffin, Pegawai Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
3. Dana Sukan Komuniti (DSK) oleh Encik Mohd Soffi bin Azizan, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan, Pejabat Belia Dan Sukan Kawasan Putrajaya
4. Taklimat berkaitan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) oleh Puan Zaida binti Zakaria, Penolong Pegawai Daftar Kanan, ROY Zon Tengah.
5. Penarafan Bintang (Star Rating) oleh Puan Suhailah binti Sa’at, Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan.
Bengkel ini bertujuan meningkatkan kecekapan tadbir urus pertubuhan belia khususnya dalam pematuhan seksyen berkaitan di bawah Akta 668. Secara keseluruhannya, maklum balas yang diterima daripada para peserta adalah amat menggalakan dan berharap dengan perkongsian ini dapat memberi gambaran yang jelas dalam usaha memperkukuh tadbir urus pertubuhan belia. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat terus memperkukuh kecekapan serta profesionalisme pertubuhan belia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
