PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026
28 Februari 2026, Kota Kinabalu, Sabah- Program Santuni Pertubuhan Belia SejaTi MADANI x Belia Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung di Sabah Oriental Hotel yang dirasmikan oleh YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia, Encik Noorman Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah, Saudara Helmi bin Milus, Naib Presiden (Borneo) Majlis Belia Malaysia dan Saudari Siti Sobrina Tasmin, Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah. Program ini dihadiri seramai 386 orang ahli daripada 102 pertubuhan belia dan NGO di seluruh negeri Sabah.
Dalam ucapannya, YB Mordi Bimol mengharapkan agar pertubuhan belia di Sabah menggunakan inisiatif SejaTi Madani untuk membangunkan lokaliti masing-masing melalui geran yang disediakan kepada pertubuhan belia. Beliau juga memberi cadangan kepada pertubuhan belia untuk membuat perancangan sebaiknya agar projek tersebut memberikan pulangan dan manfaat jangka masa panjang kepada masyarakat setempat.
Dalam pada itu, Naib Presiden (Borneo) Majlis Belia Malaysia, Saudara Helmi Milus menyampaikan ucapan terima kasih kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia kerana melaksanakan program yang menjadi platform untuk memberi pendedahan berkaitan inisiatif SejaTi MADANI kepada pertubuhan-pertubuhan belia khususnya di Sabah. Beliau juga menyatakan harapan mewakili belia di Sabah agar lebih banyak program dan dana disalurkan kepada belia di negeri ini.
Antara pengisian program adalah slot daripada pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Akademi Kenegaraan Malaysia dan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) Negeri Sabah serta aktiviti pameran.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga inisiatif SejaTi MADANI x Belia ini memberi manfaat berpanjangan kepada pembangunan masyarakat setempat.
