SESI KUNJUNG HORMAT KE ATAS YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
2 Mac 2026, Kuala Lumpur - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah mengadakan sesi kunjung hormat ke atas YB Tan Sri Dato' Dr. Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, bagi memperkukuh hubungan antara agensi serta menyampaikan penerangan berhubung fungsi dan peranan ROY dalam memperkasa ekosistem pertubuhan belia negara.
Delegasi ROY yang diketuai oleh Pendaftar Pertubuhan Belia, Encik Hasnata Hasan bersama pegawai kanan jabatan turut membincangkan hala tuju kerjasama strategik, termasuk persediaan pelaksanaan dan pengukuhan inisiatif Parlimen Belia sebagai platform penyertaan belia dalam sistem demokrasi yang lebih tersusun dan berinstitusi, di samping memperluas peranan pertubuhan belia sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi belia dan komuniti setempat.
Dalam sesi tersebut, YB Tan Sri Dato' Yang Di-Pertua menzahirkan minat untuk memahami secara lebih terperinci proses pendaftaran pertubuhan belia di bawah Akta 668, khususnya dalam menyokong agenda transisi kepimpinan belia susulan penguatkuasaan had umur 15 hingga 30 tahun yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
ROY menegaskan bahawa reformasi institusi, pemerkasaan tadbir urus serta pengukuhan kapasiti pertubuhan belia adalah elemen kritikal bagi memastikan kesinambungan kepimpinan muda yang dinamik, inklusif dan responsif, sekali gus menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan sosial dan kemakmuran ekonomi komuniti. Sesi ini mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh peranan belia sebagai rakan strategik pembangunan negara secara holistik dan berimpak tinggi.
#RancakkanMADANI #MADANIBekerja #sejatimadanixbelia