KUNJUNGAN HORMAT DAN KHIDMAT NASIHAT PENDAFTARAN BAHARU
Putrajaya | 2 Mac 2026 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah telah menerima kunjungan hormat daripada Saudara Ahmad Farizal Bin Ahmad Fuad dan Muhammad Fadli Bin Adnan bagi mendapatkan khidmat nasihat, berkaitan prosedur pendaftaran baharu, dokumen yang diperlukan serta panduan lengkap penubuhan persatuan.
Sesi ini bertujuan memastikan setiap proses penyediaan dokumen dilaksanakan secara teratur, sistematik dan mematuhi segala peruntukan serta keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak ROY. Diharapkan kerjasama dan komitmen berterusan ini dapat memperkasakan lagi peranan pertubuhan belia dalam pembangunan komuniti sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
