BENGKEL TADBIR URUS PERINGKAT NEGERI KEDAH DAN PERLIS TAHUN 2026
ALOR SETAR, KEDAH , 5 MAC 2026 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara telah melaksanakan program Bengkel Tadbir Urus Peringkat Negeri Kedah dan Perlis bagi tahun 2026. Program ini telah dihadiri seramai 213 orang. Pengisian program BTU ini ialah slot 1 ' Malaysia Madani' oleh En Faizal dari Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Kulim, slot ke2, taklimat MYKD oleh En Muhammad Khidir dari ROY Utara, slot ke 3 Star Rating oleh Encik Muhd Mohsein dari ROY Ibu Pejabat dan slot ke 4 berkaitan Dana Sukan Komuniti dan Dana Kelab Rakan Muda dari JBS Kedah , Encik Izat.
Harapan ROY agar BTU ini memberikan kefahaman kepada semua pertubuhan belia yang hadir. Slot-slot tersebut memberikan penerangan berkaitan dokumen yang perlu dihantar pada setap tahun melalui slot MYKD, dokumen yang perlu dihantar untuk melayakkan mereka mendapat pengiktifan sijil penarafan bintang melalui slot star rating dan urusan untuk memohon dana sukan dan dana rakan muda.
