PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTI MADANI x BELIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026
KUALA TERENGGANU, 07 Mac 2026 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Akademi Kenegaraan Malaysia dan Majlis Belia Negeri Terengganu telah melaksanakan Program Santuni Pertubuhan Belia & Sejati Madani X Belia yang disertai 250 kepimpinan belia di Kompleks Belia & Sukan Negeri Terengganu.
Program ini khas untuk Pertubuhan Belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi melayakkan mereka memohon Geran Sejati Madani dengan bantuan sehingga 100K dalam bidang sosioekonomi.
Program ini dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Abdul Kahar, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Terengganu, Turut Hadir Tuan Haji Asmadi Mohamad Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu , En Musa Salim Ketua Penolong Pendaftar ROY, Pegawai Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Presiden MBNT serta kepimpinan Belia Negeri.


