PENGHANTARAN MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD) OLEH KELAB BELIA KAMPUNG SIRU DAYAK
Kuching, 09 Mac 2026 - Setiausaha Kelab Belia Kampung Siru Dayak, En. Disem Anak Holimen telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sarawak untuk menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kelab mereka. Pejabat ROY sentiasa bersedia membantu dalam memberi khidmat nasihat dan menggalakkan pertubuhan belia supaya memainkan peranan yg positif dan berkesan kepada golongan belia.
Semoga pertubuhan ini akan terus aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dan memberi sumbangan terbaik kepada belia dan komuniti setempat.

