BENGKEL LIBAT URUS (BTU) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026
ALOR SETAR, KEDAH , 12 MAC 2026 - ROY zon Utara telah melaksanakan program Bengkel Libat Urus peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2026. Program ini telah dihadiri seramai 117 orang. Pengisian program BTU ini ialah slot 1 ' Malaysia Madani' oleh En Khairul Fadzreen dari Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pulau Pinang, slot ke2, taklimat MYKD oleh En Muhammad Khidir dari ROY Utara, slot ke 3 Star Rating oleh Encik Muhd Mohsein dari ROY Ibu Pejabat dan slot ke 4 berkaitan Dana Sukan Komuniti dan Dana Kelab Rakan Muda dari JBS Pulau Pinang , Encik Muhammad Amin Nazrin , Unit Pembangunan Rekreasi.
Harapan ROY agar BTU ini memberikan kefahaman kepada semua pertubuhan belia yang hadir. Slot-slot tersebut memberikan penerangan berkaitan dokumen yang perlu dihantar pada setap tahun melalui slot MYKD, dokumen yang perlu dihantar untuk melayakkan mereka mendapat pengiktifan sijil penarafan bintang melalui slot star rating dan urusan untuk memohon dana sukan dan dana rakan muda.
