PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA TAHUN 2026
14 Mac 2026 | Putrajaya – Program Santuni Pertubuhan Belia SejaTi MADANI x Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Podium, Menara KBS, hasil kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM). Program ini telah dihadiri seramai 247 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan belia dan NGO di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sepanjang program berlangsung, beberapa pengisian telah diadakan antaranya:
• Slot pertama: Sesi bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
• Slot kedua: Taklimat Malaysia MADANI oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)
• Slot ketiga: Taklimat SejaTi MADANI oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
• Reruai pameran: Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazira binti Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Encik Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia, Encik Zul Fadhli Bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Juliana binti Ibrahim Penolong Pengarah ICU serta Encik Syafiq, wakil Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
Program ini diharapkan dapat membantu pertubuhan belia memanfaatkan inisiatif dana yang disediakan bagi melaksanakan program berimpak tinggi kepada pembangunan belia dan komuniti.


