KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA (ROY) KE PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG (PUU) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Menara KBS pagi tadi.
Delegasi Pejabat ROY telah diketuai oleh Tuan Pendaftar, En. Hasnata bin Hassan bersama beberapa pegawai yang mengiringi. Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh Penasihat Undang-Undang KBS, Puan Erwani binti Ismail.
Kunjungan ini diadakan sebagai sesi salam perkenalan memandangkan sebelum ini kedua-dua pihak belum berkesempatan untuk bertemu secara rasmi. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut mengambil kesempatan untuk bertukar pandangan serta membincangkan beberapa perkara berkaitan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), khususnya melibatkan Akta A1602.
Semoga pertemuan ini dapat terus memperkukuh kerjasama strategik antara Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan Pejabat Penasihat Undang-Undang KBS dalam memastikan pelaksanaan undang-undang berkaitan pembangunan pertubuhan belia berjalan dengan lebih berkesan.
