RERUAI PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA ZON TENGAH | PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA TAHUN 2026
14 Mac 2026 | Putrajaya – Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya Tahun 2026 (SejaTi Madani x Belia) telah berlangsung dengan meriah di Dewan Podium, Menara Kementerian Belia dan Sukan.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah turut memeriahkan program melalui penyertaan reruai pameran yang menyediakan pelbagai khidmat kepada pengunjung. Antaranya khidmat nasihat MYKD, Semakan Dokumen dan Status MYKD, pindaan perlembangan serta pelbagai khidmat nasihat lain.
Turut hadir Encik Musa bin Salim, Ketua Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia, yang meluangkan masa membuat meninjau reruai pameran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
