PENYERAHAN BORANG PINDAAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN [SELARAS PERUNTUKAN PINDAAN AKTA 668 (AKTA A1602)
14 Mac 2026 | Putrajaya – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah telah mengadakan Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya 2026 (SejaTi MADANI x Belia) bertempat di Dewan Podium, Menara KBS. Dalam program tersebut, sebanyak lapan pertubuhan belia telah menyerahkan Borang Pindaan Perlembagaan Pertubuhan kepada pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di Reruai ROY.
Senarai pertubuhan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Kelab Belia Sejahtera Jalan Menanti Tanjong Karang
2. Majlis Belia Kawasan Titiwangsa
3. Persatuan Belia Masjid Selangor
4. Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan
5. Kelab Belia Kampung Klang Gate
6. Kelab Belia Wawasan Titiwangsa
7. Kelab Belia Pekan Kopong
8. Kelab Belia Kampung Petaling Bahagia
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak ROY bagi memastikan pertubuhan belia sentiasa mematuhi peruntukan pindaan akta 668 berdasarkan takrifan umur belia 15 hingga 30 tahun yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.


