KELAB BELIA PROGRESIF DATUK KERAMAT | SERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN
14 Mac 2026 | Putrajaya – Tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Progresif Datuk Keramat atas kelulusan pendaftaran pertubuhan. Sijil Perakuan Pendaftaran telah diserahkan kepada wakil kelab oleh YBrs. Dr. Nazira binti Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan bersempena Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya 2026 (SejaTi MADANI x Belia).
Semoga kelab ini akan terus aktif dan cemerlang dalam melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkasakan pembangunan belia di kawasan mereka.
