TERIMA KASIH SUKARELAWAN
14 Mac 2026 | Putrajaya – Setinggi –tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua sukarelawan yang telah memberikan komitmen, tenaga dan kerjasama sepanjang menjayakan Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya 2026 (SejaTi MADANI x Belia).
Seramai dua belas (12) orang sukarelawan yang terlibat. Antara tugasan yang dilaksanakan termasuk kerja-kerja logistik, pendaftaran serta pengagihan makanan berbuka puasa kepada para peserta.
Kerjasama dan semangat kesukarelawan yang ditunjukan amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada kejayaan program ini. Terima kasih atas sumbangan masa dan tenaga yang diberikan.
