SESI KUNJUNG HORMAT PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA (ROY) KEPADA PENGARAH YAYASAN PUSAT BELIA ANTARABANGSA (IYC)
17 Mac 2026, Kuala Lumpur – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia yang diketuai oleh Encik Hasnata Hasan bersama beberapa pegawai telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa yang baharu iaitu YBrs. Dr. Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud. Kunjungan ini adalah sebagai salam perkenalan dalam mengeratkan hubugnan kerjasama di antara ROY dengan IYC.
Dalam sesi ini juga, pihak ROY dan IYC berkongsi pandangan dan cadangan dalam usaha memperkukuh kapasiti dan kelestarian pertubuhan belia selaras dengan Dasar Belia Malaysia dan aspirasi Malaysia MADANI melalui program-program pembangunan belia kedua-dua agensi.

