PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026
4 APRIL 2026, KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS - Program Santuni Pertubuhan Belia SejaTI MADANI x Belia Peringkat Negeri Perlis telah mendapat sambutan yang amat baik daripada para belia yang berpersatuan dan yang tidak berpersatuan. Kehadiran peserta ialah seramai 248 orang daripada Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Sebanyak 77 pertubuhan berdaftar dengan ROY hadir dalam program ini. Selain itu SPB Peringkat Negeri Perlis telah berjaya menarik sebanyak 51 bakal berpersatuan untuk berdaftar dengan ROY.
Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Majlis Belia Negeri Perlis. Terima kasih diucapkan kepada rakan strategik ROY iaitu Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Perlis dan Akademi Kenegara Malaysia (AKM) Negeri Perlis dalam menjayakan program ini.
Majlis Penutupan ini telah dirasmikan oleh Puan Maznah binti Musa, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Negeri Perlis. Turut hadir Encik Muhammad Suhaimi bin Md Saad , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Azura binti Hj Sabrin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Zaliha binti Abu Bakar, Pengarah ILKBS Kuala Perlis dan Encik Jasmin bin Jasa, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perlis.


