PENYERAHAN SIJIL KELULUSAN PENDAFTARAN KELAB BELIA KEPADA KELAB ANAK MUDA KOMUNITI INDERA MAHKOTA
3 April 2026 Kuantan Pahang, Tahniah kepada Kelab Anak Muda Komuniti Indera Mahkota yang telah mendapat sijil kelulusan pendaftaran kelab belia.
Encik Jamaludin Bin Abdullah Pembantu Penolong Pegawai Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur memberi taklimat berkaitan perkara yang perlu di laksanakan selepas kelulusan kelab contohnya mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan Kali Pertama dan menghantar borang Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD).
Penyerahan sijil oleh Penolong pegawai Pendaftar Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur di tapak pameran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia sempena program Himpunan Anak Pahang Madani 2026.

