RERUAI ROY SEMPENA PROGRAM HIMPUNAN ANAK PAHANG MADANI
3 April 2026 Kuantan Pahang, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia turut terlibat menyertai pameran sempena program Himpunan Anak Pahang MADANI yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan Pahang. Para belia yang hadir diberi penerangan berkaitan fungsi dan peranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan juga penyelarasan umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.
Belia yang mengunjungi booth pameran diberi soalan berkaitan peranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan dan bagi jawapan yang tepat diberi cenderahati sebagai tanda kenangan
Belia yang mengunjungi booth pameran diberi soalan berkaitan peranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan dan bagi jawapan yang tepat diberi cenderahati sebagai tanda kenangan
Semoga penglibatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dalam program ini dapat membantu para belia lebih memahami tugas dan peranan mereka sebagai belia harapan negara yang perlu ada penglibatan dalam program berpesatuan.


