PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SEJATI MADANI X BELIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026
Selangor | 12 April 2026 – Program Santuni Pertubuhan Belia SejaTi MADANI x Belia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta Majlis Belia Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Ibnu Sinar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dengan kehadiran seramai 372 orang peserta.
SejaTi MADANI merupakan inisiatif baharu kerajaan yang bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat. Melalui inisiatif ini, komuniti atau pertubuhan yang layak berpeluang menerima dana sehingga RM100,000 bagi melaksanakan projek berimpak tinggi di peringkat lokaliti.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir. Turut hadir ialah Encik Shamsul bin Musa (Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia), Encik Zulkifli bin Othman (Pejabat Daerah dan Tanah Petaling Jaya), Puan Julia binti Marjuki (Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah), Encik Mohd Hafiz bin Amin (Pejabat Pembangunan Negeri Selangor), Encik Mohd Khairulna’im bin Abu Samah (Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Selangor), Saudara Mohammad Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin (Majlis Belia Malaysia) serta YBhg. Dato’ Mohd Imran bin Tamrin (Presiden Majlis Belia Negeri Selangor).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif dana yang disediakan melalui program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pertubuhan belia bagi melaksanakan program berimpak tinggi yang memberi manfaat berpanjangan kepada pembangunan belia dan masyarakat setempat.

