SERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN KEPADA KELAB BELIA INOVATIF SHAH ALAM
12 April 2026 | Selangor – Tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Inovatif Shah Alam atas kelulusan pendaftaran pertubuhan. Sijil Perakuan Pendaftaran telah diserahkan kepada wakil Kelab Belia Inovatif Shah Alam oleh Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersempena Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Selangor 2026 (SejaTi MADANI x Belia).
Semoga kelab ini akan terus aktif dan cemerlang dalam melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkasakan pembangunan belia di kawasan mereka.
