PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026
Kuching, 18 April 2026 - Program Santuni Pertubuhan Belia SejaTi MADANI x Belia Peringkat Negeri Sarawak Bagi Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Sarawak dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sarawak telah berjaya diadakan Negeri Sarawak.
SejaTi MADANI merupakan inisiatif baharu kerajaan yang bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Mordi Bimol. Turut hadir bersama En. Hasnata bin Hasan (Pendaftar Pertubuhan Belia), En. Lamat anak Nyalau (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak), Saudara Ahmad Farhan bin Rosli ( Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia), Pn. Aziba binti Rashidi (Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri (ICU JPM Negeri Sarawak) dan En. Brendon Anderson anak Joseph (AKM Negeri Sarawak).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.



