YB DR. MOHAMMED TAUFIQ JOHARI, MENTERI BELIA DAN SUKAN MENYANTUNI PERTUBUHAN BELIA DI RERUAI ROY
Sepang, 23 April 2026 – YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir menyantuni pertubuhan belia di reruai pameran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) sempena Majlis Peluncuran Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Tahun 2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara bertempat di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sepang. Program ini akan dilaksanakan di seluruh negara dan ROY juga akan berada di setiap lokasi tersebut.
Dalam sesi ini, YB. Dr. Mohammed Taufiq yang diiringi Encik Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia telah menyampaikan sijil kepada pertubuhan belia yang mendapat penarafan 5 Bintang selain turut meraikan pertubuhan baharu yang telah diluluskan pendaftarannya. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa dan mengiktiraf peranan pertubuhan belia sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.

Hadir sama ke reruai ROY ialah YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Puan Chan Hong Jin (Strategik) KBS, YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Saudara Mohd Izzat Afifi bin Hj. Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia dan YBhg. Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor.