PROGRAM KEMBARA INSPIRASI BELIA AKAR UMBI (KIBAR) | PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN
Sepang, Selangor | 23 April 2026 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah telah menyertai aktiviti pameran sempena Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) yang berlangsung di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sepang. Dalam program ini, sebanyak lima (5) pertubuhan belia telah berjaya didaftarkan secara rasmi di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, dan sijil perakuan pendaftaran telah disampaikan kepada wakil setiap pertubuhan sebagai tanda pengiktirafan.
Senarai pertubuhan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Kelab Belia Aktif Bukit Beruntung
2. Kelab Belia Inovasi Lestari Kapar
3. Kelab Belia Progresif Rasa (KBPR)
4. Kelab Belia Aspirasi Batang Kali (KBM Batang Kali)
5. Kelab Rakan Muda Parlimen Hulu Langat
Tahniah diucapkan kepada semua pertubuhan atas kelulusan pendaftaran ini. Diharapkan agar kelab-kelab yang terlibat terus komited dan bekerjasama dalam merancang serta melaksanakan program-program yang memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya golongan belia di kawasan masing-masing.
