PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT PERAK TAHUN 2026
25 April 2026 | Perak – Program Santuni Pertubuhan Belia Sejati MADANI x Belia Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah, Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) Negeri Perak, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak serta Majlis Belia Negeri Perak, dengan kehadiran seramai 451 orang peserta.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut hadir ialah YB Dato’ Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak; Encik Shamsul bin Musa, Timbalan Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia; Puan Siti Hajar binti Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak; Encik Khairulanwar bin Mohd Dahlan, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak; serta Saudara Muhammad Naim Al Amin bin Saharudin, Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Perak.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan program ini. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat terus menggalakkan penyertaan belia dalam pertubuhan sebagai platform pembangunan diri, kepimpinan serta khidmat kepada komuniti.

