SYABAS DAN TAHNIAH PERTUBUHAN BAHARU DI NEGERI PERAK
25 April 2026 | Perak – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah telah menganjurkan Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 (SejaTi MADANI x BELIA) yang berlangsung dengan penuh meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.
Dalam program ini, sebanyak dua (2) pertubuhan belia telah berjaya didaftarkan secara rasmi di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Sijil perakuan pendaftaran telah disampaikan kepada wakil setiap pertubuhan oleh YB Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak sebagai tanda pengiktirafan.
Senarai pertubuhan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Kelab Belia Sejahtera Kampung Lubuk Mas Chenderiang
2. Kelab Belia Bitara Tanjong Malim
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pertubuhan tersebut. Semoga terus aktif dan menjadi pemangkin kepada pembangunan belia di peringkat akar umbi.
