PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2026
26 April 2026 | Pahang – Program Santuni Pertubuhan Belia Sejati MADANI x Belia Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya jumlah penyertaan seramai 452 orang ahli pertubuhan belia di auditorium Sudirman Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, Jabatan Belia & Sukan Negeri Pahang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) Negeri Pahang dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pahang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Razihan Bin Adzharuddin Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang, turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pahang encik Mohd Rizal Bin Ismail, encik Mohamad Suhaizan Bin Selamat Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, encik Mohamad Khairul Azhar bin Awam Penolong Pengarah Akademi Malaysia Negeri Pahang dan Encik Mohamad Suhail Bin Osman Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan program ini. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat terus menggalakkan penyertaan belia dalam pertubuhan sebagai platform pembangunan diri, kepimpinan serta khidmat kepada komuniti.
