PROGRAM KEMBARA INSPIRASI BELIA AKAR UMBI (KIBAR) SIRI 1 ZON BORNEO TAHUN 2026
Kuching, 27 April 2026 - Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Siri 1 Zon Borneo telah diadakan dengan jayanya di Dewan Kampung Semaba, Kuching, Sarawak.
Antara pengisian program adalah Debat Santai, Segmen Pendidikan Demokrasi & Literasi Politik oleh Impact, Perkongsian Belia Persatuan oleh Pejabat ROY bersama Majlis Belia Malaysia, jualan rahmah dan pameran daripada pelbagai agensi kerajaan.
Kemuncak program ini adalah sesi Townhall bersama YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Usahawan Sarawak dan En. Iszuan Bin Haroni, Setiausaha Eksekutif SABERKAS. Manakala sesi rumusan townhall telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq, Menteri Belia dan Sukan.
Majlis penutup program pula disempurnakan oleh YB Dato' Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin, Pendaftar Pertubuhan Belia, En. Hasnata Bin Hasan serta Pengarah JBSN Sarawak En. Lamat Anak Nyalau. Dalam program ini juga telah diadakan penyampaian Anugerah Penarafan Bintang kepada Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching dan Kelab Belia Rumpun Pewaris Bandar Sibu yang dianugerahkan dengan penarafan 5 bintang.
Pihak ROY mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama pertubuhan belia yang telah datang memberi sokongan kepada program ini.

