PERBINCANGAN BERSAMA ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
PUTRAJAYA, 29 April 2026 – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
Perbincangan ini bertujuan untuk menyelaras Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) di samping memperkukuh lpematuhan terhadap keperluan perundangan serta meningkatkan keberkesanan tadbir urus selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Pihak ABIM dihadiri oleh Saudara Ahmad Fawwaz bin Ahmad Shukri; Setiausaha Agung ABIM, bersama Pn. Siti Aidil binti Mohd Yunus; Pegawai Khas Setiausaha Agung ABIM, dan Pn. Hannan binti Abdul Rahim; Eksekutif ABIM manakala ROY pula dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Hjh. Siti Nazariah Hj. Abdul Razak, En. Azwandy bin Anuwar, serta En. Faizul Rizal bin Mat Saat.
