TAKLIMAT MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD) KEPADA PESERTA TRAINING OF TRAINERS PPO ZON TIMUR 2026
Kota Bharu 30 April 2026, Penolong Pegawai Pendaftar Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon dijemput memberi taklimat berkaitan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) sempena Training Of Trainers Program Pengurusan Organisasi (PPO) Zon Timur 2026.
Para peserta terdiri daripada pegawai belia dan sukan di negeri dan daerah serta pegawai daripada Institut Kemahiran Belia Negara. Semoga taklimat berkaitan Maklumat Yang Kena Diberi ini memberi pemahaman yang lebih jelas kepada para peserta program dan maklumat ini dapat di sampaikan kepada belia-belia yang berada diluar sana.
