KELAB RAKAN MUDA DAERAH JASIN | KHIDMAT NASIHAT DAN SERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN
Ayer Keroh, 5 Mei 2026 - Pengerusi, En. Muhammad Aliff Bin Hashim hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan untuk mengambil Sijil Perakuan Pendaftaran bagi Kelab Rakan Muda Bandar Jasin. Selain itu khidmat nasihat turut diberikan berkenaan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan juga penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) setiap tahun telah disampaikan oleh En. Mohd Firdaus Bin Mazlan, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan.
Sehubungan dengan itu, pihak ROY mengucapkan tahniah dan semoga kelab ini dapat membentuk kepimpinan ahli yang bergiat aktif dalam kalangan ahli dan seterusnya menyumbangkan bakti kepada masyarakat setempat.
