KELAB BELIA PANGSAPURI SRI MALAYSIA | KHIDMAT NASIHAT DAN PENGHANTARAN DOKUMEN MYKD
Putrajaya | 4 Mei 2026 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah telah menerima kunjungan daripada wakil Kelab Belia Pangsapuri Sri Malaysia bagi mendapatkan khidmat nasihat serta panduan berkaitan penyediaan laporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD). Dalam sesi yang sama, turut diadakan penyerahan sijil SejaTi MADANI x Belia kepada wakil kelab sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam Program Santuni Pertubuhan Belia SejaTi MADANI x Belia.
Diharapkan melalui bimbingan dan panduan yang diberikan, kepimpinan kelab ini akan dapat merancang serta melaksanakan program dan aktiviti dengan lebih tersusun dan sistematik.
