PENYERAHAN SIJIL PENDAFTARAN DAN SESI KHIDMAT NASIHAT KEPADA PRESATUAN BELIA KOMUNITI HARAPAN BANDAR PONTIAN
Ayer Keroh, 30 April 2026 - Pengerusi Persatuan Belia Komuniti Harapan Bandar Pontian, Encik Danish Hossman Bin Abd Rahman telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan untuk mengambil Sijil Pendaftaran bagi kelab mereka.
Selain itu khidmat nasihat dan tunjuk ajar diberikan berkenaan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), penghantaran pelaporan MYKD setiap tahun dan juga Pelan Transisi Umur Belia. Bimbingan dari aspek pengurusan serta tadbir urus yg baik dalam pertubuhan belia turut diberikan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Encik Mohd Firdaus bin Mazlan.
Justeru itu, diharapkan kelab ini akan terus cemerlang serta dapat memberikan sumbangan dan contoh yang baik kepada pertubuhan belia yang lain serta kepada komuniti setempat.
