PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN DAN SESI KHIDMAT NASIHAT KEPADA KELAB BELIA MAHIR BANDAR MERSING
Ayer Keroh, 7 Mei 2026 - Pengerusi Kelab Belia Mahir Bandar Mersing, Nur Hanina Afina Binti Norazmi dan ahli jawatankuasa telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan untuk mengambil Sijil Perakuan Pendaftaran kelab yang telah didaftarkan.
Selain itu, khidmat nasihat dan tunjuk ajar diberikan berkenaan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), penghantaran pelaporan MYKD setiap tahun dan juga Pelan Transisi Umur Belia. Bimbingan dari aspek pengurusan serta tadbir urus yg baik dalam pertubuhan belia turut diberikan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Encik Mohd Firdaus bin Mazlan.
Sehubungan dengan itu, pihak ROY mengucapkan tahniah dan semoga kelab ini dapat membentuk barisan kepimpinan belia yang berwibawa dalam memberi impak positif kepada komuniti setempat.
