PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN DAN SESI KHIDMAT NASIHAT KEPADA KELAB BELIA ADIL BANDAR PORT DICKSON
Ayer Keroh, 7 Mei 2026 - Pengerusi Kelab Belia Adil Bandar Port Dickson, Dr Dharshinee Suresh Kumar telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan untuk mengambil Sijil Perakuan Pendaftaran kelab yang telah didaftarkan.
Selain itu, khidmat nasihat dan tunjuk ajar diberikan berkenaan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), penghantaran pelaporan MYKD setiap tahun dan juga Pelan Transisi Umur Belia. Bimbingan dari aspek pengurusan serta tadbir urus yg baik dalam pertubuhan belia turut diberikan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Encik Mohd Firdaus bin Mazlan.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) mengucapkan tahniah dan berharap agar kelab belia ini menjadi pemangkin kepada pembentukan kepimpinan belia yang berwibawa, seterusnya memacu impak positif serta transformatif kepada komuniti tempatan.
