PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH SIRI 2 (KOTA KINABALU) TAHUN 2026
9 MEI 2026 – KOTA KINABALU, SABAH
Program Santuni Pertubuhan Belia Sejati MADANI x Belia Peringkat Negeri Sabah Siri 2 (Kota Kinabalu) telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Rakan Muda, Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Peserta program ini terdiri daripada Pertubuhan Belia yang telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY ) dan belia-belia yang dalam proses pendaftaran Pertubuhan Belia.
Majlis Perasmian Program Santuni Pertubuhan Belia Sejati MADANI x Belia Peringkat Negeri Sabah Siri 2 (Kota Kinabalu) telah dirasmikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan.
YB Menteri Belia dan Sukan juga telah berbesar hati menyampaikan Sijil Penarafan Bintang kepada pertubuhan belia yang telah Berjaya mendapatkan 5 dan 4 bintang bagi tahun 2024. Selain itu, YB Menteri juga telah menyampaikan Sijil Sejati Madani x Belia kepada pertubuhan belia yang hadir pada hari ini.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan program ini. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat terus menggalakkan penyertaan belia dalam pertubuhan sebagai platform pembangunan diri, kepimpinan serta khidmat kepada komuniti.
SABAH GINAWOKU.
