PENYERAHAN BORANG PENDAFTARAN BAGI SEMAKAN | KELAB RAKAN MUDA MARAN
Jengka Pahang 10 Mei 2026, puan Saniah binti Zainal Penolong Pegawai Belia DAN Sukan Daerah Maran menyerahkan borang pendaftaran Kelab Rakan Muda Maran untuk tujuan semakan oleh puan Hasliza binti Mohd Zin selaku Penolong pegawai Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur.
Semakan awal bagi tujuan memudahkan pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur menyokong dan mendaftar kelab Rakan muda Maran, proses ini akan mengambil masa jika terdapat perkara-perkara yang perlu diperbetulkan oleh pihak kelab tidak diambil tindakan segera.
Semoga dengan tertubuhnya Kelab Rakan Muda Maran ini akan menjadikan belia-belia di daerah Maran dapat menyertai pelbagai program di bawah seliaan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Maran.
