SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
15 Mei terus menjadi tarikh penting dalam menghargai peranan belia terhadap pembangunan negara. Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan 2026 bertemakan “Menggerak Belia MADANI” telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Sambutan ini mencerminkan penghargaan kerajaan kepada golongan belia sebagai pemacu kemajuan dan perpaduan negara. Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri turut meluncurkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 serta inisiatif Rakan Muda MADANI.
Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Utama Hj. Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS; YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN serta Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia.
Sambutan HBN 2026 berlangsung dari 15 hingga 17 Mei di D’Tempat, Sendayan dengan lebih 150 aktiviti melibatkan pelbagai segmen belia seluruh negara. Turut disediakan booth ROY yang menawarkan perkhidmatan semakan MyKD, pindaan perlembagaan, pendaftaran pertubuhan belia serta khidmat nasihat kepada para pengunjung sepanjang sambutan
berlangsung.
berlangsung.
