KELAB BELIA ASPIRASI BANDAR MELAKA | SERAHAN SIJIL PENDAFTARAN
Ayer Keroh, 21 Mei 2026 - Pengerusi Kelab Belia Aspirasi Bandar Melaka, Encik Muhammad Syamil bin Azman bersama setiausaha beliau, Encik Zarith Iskandar bin Mohd Razi telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan untuk mengambil Sijil Pendaftaran bagi kelab mereka.
Selain itu, khidmat nasihat dan tunjuk ajar diberikan berkenaan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), penghantaran pelaporan MYKD setiap tahun dan juga Pelan Transisi Umur Belia. Bimbingan dari aspek pengurusan serta tadbir urus yg baik dalam pertubuhan belia turut diberikan oleh Penolong Pegawai Daftar, Encik Noor Muhammad Asri bin Kamarozzaman.
Justeru itu, diharapkan kelab ini akan terus cemerlang serta dapat memberikan sumbangan dan contoh yang baik kepada pertubuhan belia yang lain serta kepada komuniti setempat.
