SAMBUTAN FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
Kuching, 23 Mei 2026 – Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung dengan meriah di REDEEMS Centre, Singai, Bau. Penganjuran festival ini menampilkan pelbagai aktiviti dan pengisian berteraskan pembangunan belia melalui lima segmen utama iaitu Penciptaan dan Peluang Pekerjaan, Kepimpinan dan Kesukarelawanan, Malaysia Aktif, Inovasi dan Digital dan Kebudayaan, Kesenian dan Muzik.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penglibatan belia dalam pembangunan komuniti, penguasaan teknologi digital serta pembangunan sahsiah kepimpinan dalam melahirkan generasi muda yang progresif, kreatif dan berdaya saing.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak telah dijemput sebagai pempamer bersama beberapa agensi kerajaan yang lain. Program ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan belia dan masyarakat setempat ke arah memperkasakan pembangunan belia di Sarawak.
