PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN
Ipoh, Perak | 6 Jun 2026 – Sebanyak tiga (3) pertubuhan belia telah berjaya didaftarkan secara rasmi di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Sijil perakuan pendaftaran telah disampaikan kepada wakil setiap pertubuhan bersempena Program Sambutan Hari Belia Tahun 2026 Peringkat Negeri Perak. Majlis penyerahan Sijil Perakuan Pendaftaran telah disampaikan oleh YB Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak di reruai pameran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
Senarai pertubuhan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Kelab Belia Nadi Gemilang Batu Kurau
2. Kelab Belia Ekspresi Ipoh
3. Kelab Belia Kemajuan Chepor
Tahniah diucapkan kepada semua pertubuhan atas kelulusan pendaftaran ini. Diharapkan agar kelab-kelab yang terlibat terus komited dan bekerjasama dalam merancang serta melaksanakan program bersama.
