PENYERAHAN SIJIL PENDAFTARAN KELAB BELIA PROGRESIF BANDAR MELAKA (KBPBM)
Mudzaffar Hotel Ayer Keroh, 24 September 2026 - Pengerusi Kelab Belia Progresif Bandar Melaka (KBPBM), Puan Nur Elyssa Dania Irham binti Abdul Hafiz bersama setiausaha beliau, Encik Muhammad Sha’rawi bin Aziman telah hadir menyertai Program Sesi Libat Urus Belanjawan Belia Madani 2027 Zon Selatan dan turut menerima Sijil Pendaftaran bagi kelab mereka.
Selain itu khidmat nasihat dan tunjuk ajar diberikan berkenaan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), penghantaran pelaporan MYKD setiap tahun dan juga Pelan Transisi Umur Belia. Bimbingan dari aspek pengurusan serta tadbir urus yg baik dalam pertubuhan belia turut diberikan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Encik Mohd Firdaus bin Mazlan. Justeru itu,diharapkan kelab belia ini akan terus cemerlang serta dapat memberikan sumbangan dan contoh yang baik kepada pertubuhan belia yang lain serta kepada masyarakat setempat.
