PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Putrajaya | 5 Oktober 2026 – Kumpulan NEXUS, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah menyertai sesi pembentangan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Penyertaan ini mengetengahkan projek inovasi Sistem eROY, yang dibangunkan sebagai satu inisiatif penambahbaikan bagi memperkasa proses kerja serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendaftaran dan pengurusan pertubuhan belia.
Sesi pembentangan ini turut menjadi platform kepada Kumpulan NEXUS untuk berkongsi idea, kreativiti serta pendekatan inovatif yang diterapkan dalam projek, di samping memperlihatkan komitmen warga ROY dalam mendukung budaya inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan NEXUS atas usaha, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan projek serta pembentangan KIK di peringkat Kementerian Belia dan Sukan.


