PENYERAHAN SIJIL PENDAFTARAN | KELAB ANAK MUDA BANDAR KUALA PILAH
Ayer Keroh, 22 Oktober 2026 - Pengerusi Kelab Anak Muda Bandar Kuala Pilah (KAMBKP), Encik Mirza Syazan bin Mohd Fizar telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan untuk menerima Sijil Pendaftaran bagi kelab mereka.
Selain itu khidmat nasihat dan tunjuk ajar diberikan berkenaan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), penghantaran pelaporan MYKD setiap tahun dan juga Pelan Transisi Umur Belia. Tunjuk ajar dari aspek pengurusan serta tadbir urus yg baik dalam pertubuhan belia turut diberikan oleh Penolong Pegawai Pendaftar, Encik Noor Muhammad Asri bin Kamarozzaman.
Oleh yang demikian, diharapkan kelab belia ini akan terus cemerlang serta dapat memberikan sumbangan dan contoh yang baik kepada pertubuhan belia yang lain serta kepada komuniti setempat.
