KIBAR TERENGGANU 2026 MEMPERKASA PEMBANGUNAN BELIA DI PERINGKAT AKAR UMBI
PULAU DUYONG, KUALA TERENGGANU, 30 OKTOBER 2026 – Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur juga terlibat dengan pameran dan sesi penceramah bertajuk Jom Berpersatuan oleh Puan Noor Zalikha Kamar.
YB Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBrs. Encik Abd. Aziz bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Memangku) Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara da Puan Hartini binti A. Jabbar selaku Timbalan Pendaftar mewakili Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan.
Kelab Belia Bersatu Padang Mengkuang menerima sijil penarafan 5 bintang yang di sampaikan oleh YB Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Tuan Mordi Bimol.




