PROGRAM LEPAK SANTAI KEPIMPINAN BELIA BERSAMA YB DR. MOHAMMED TAUFIQ JOHARI SIRI 2
Anak Muda Kedah – Jangan buat leceih na !!!!
31 Oktober2026, Sungai Petani, Kedah – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah melaksanakan Program Lepak Santai kepimpinan Belia Bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah diadakan bertempat di Permaipura Golf & Country Club, Bedong, Kuala Muda , Kedah. Program ini memberi ruang dan peluang kepada para pemimpin dan ahli pertubuhan belia khususnya di Negeri Kedah mengenali pemimpin negara dengan lebih dekat melalui perkongsian pengalaman dan strategi mencorakkan pemimpin muda yang berkualiti. Yberusaha Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia turut hadir memeriahkan program ini.
YB. Dr. Mohammed Taufiq menyatakan rasa gembira dan bangga kerana anak-anak muda di negeri Kedah mempunyai potensi menjadi pemimpin yang hebat. Beliau meluangkan masa berinteraksi bersama para belia dan pemimpin pertubuhan belia serta menyampaikan Sijil Pendaftaran kepada dua (2) Pertubuhan Baharu yang telah diluluskan iaitu:
1. Kelab Belia Progresif Kampung Bukit Kechil
2.Kelab Belia Wawasan Merbok
Puan Noor'azah binti Ali @ Ahmad, Penolong Pendaftar Kanan ROY Zon Utara mengambil kesempatan ini memberikan penerangan kepada pertubuhan belia yang baru diluluskan akan tindakan yang perlu dibuat selepas menerima Sijil Pendaftaran tersebut. Mereka perlu mengadakan Mesyuarat Agung Pertama untuk mengesahkan pelantikkan Jawatan kuasa dan menghantar maklumat iaitu borang PPB 09, Minit Mesyuarat Agung Tahunan 1, senarai jawatankuasa terkini dan senarai keseluruhan keahlian kelab kepada pejabat ROY dalam tempoh 90 hari.








