KIBAR 2026: MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEBERSAMAAN DAN KEPIMPINAN BELIA PAHANG
KUANTAN, 31 Oktober – Program Kembara Inspirasi Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026 telah berlangsung di Kompleks Permata Camar Nadwah, Kampung Sri Cempaka, Kuantan dengan penglibatan golongan belia dan komuniti setempat.
Program ini Turut di sertai oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur dengan ceramah bertajuk Jom Berpesatuan oleh Puan NoorZalika Kamar dan membuka booth pameran untuk kemudahan belia bertanya berkaitan persatuan.
Aktiviti majlis juga diisi dengan penyampaian sijil penubuhan kelab belia yang baru Kelab Belia Mahir Semambu dan penyampaian sijil penarafan 4 dan 3 bintang yang di sampaikan oleh Yang berbahagia En Abdul Aziz bin Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Pengarah (Mamangku) di bahagian Pembangunan Belia Kementerian Belia Dan Sukan Turut bersama Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang Encik Shamsul Bin Muda dan Timbalan Pendaftar Puan Hartini Binti A. Jabbar, penarafan bintang ini di nilai oleh barisan penilai yang di lantik di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Semoga program memberi pengetahuan kepada belia-belia setempat dimana para belia dapat mengetahui fungsi dan peranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia yang lebih jelas.








