PROGRAM SEMBANG BELIA : SYOKNYA BERPERSATUAN BERSAMA YB DR. MOHAMMED TAUFIQ JOHARI
Klebang, Melaka, 4 November 2026 - Seramai 163 orang ahli pertubuhan belia hadir menjayakan Program Sembang Belia : Syoknya Berpersatuan Bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan.
Program yang dianjurkan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) ini merupakan platform santai untuk para pemimpin belia berkumpul, mencetuskan idea dan pendapat dalam memacu perkembangan organisasi belia bersama kepimpinan KBS.
Program dimulakan dengan Sesi Bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), diikuti dengan Sesi Bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan kemuncaknya Sesi Borak Santai Bersama YB Dr Mohammed Taufiq Johari.
Encik Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia dan Encik Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut hadir berinteraksi bersama hadirin.
Belia yang hadir melahirkan rasa keterujaan dan menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada untuk mengemukakan idea dan pandangan sambil menerima maklumbalas secara terus.






