SERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN KEPADA KELAB BELIA HARMONI TTDI JAYA (KBHTJ) DAN KELAB BELIA SENTOSA SHAH ALAM (KBSSA)
Putrajaya | 10 November 2026 – Tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Harmoni TTDI Jaya (KBHTJ) dan Kelab Belia Sentosa Shah Alam (KBSSA) atas kelulusan pendaftaran pertubuhan masing-masing. Sijil Perakuan Pendaftaran telah disampaikan kepada wakil kelab. Semoga kedua-dua kelab ini terus komited merancang dan melaksanakan pelbagai program serta aktiviti yang bermanfaat demi memperkasa pembangunan belia dan menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam komuniti.
